27 December, 2008

Tahniah

24 Disember 2008 - PAS Kawasan Tambun telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam tahun 2008 yang telah berlangsung di Dewan Bandaraya Ipoh pada jam 8.00 malam. Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.B. Tn. Hj. Mahfuz bin Omar selaku Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena telah berbesar hati hadir bersama-sama menjamu selera dengan ahli-ahli PAS kawasan Tambun pada malam tersebut.
Majlis yang berjalan dengan lancar dan meriah turut memberi beberapa anugerah khas kepada ahl-ahli PAS yang berjasa. Tidak dilupakan juga, salah satu anugerah tersebut ialah Anugerah Tokoh Pendidik PASTI bagi tahun 2008 yang telah di anugerahkan kepada Muallimah ROHANA BT. ABU HANIFAH dari unit PASTI Bandar Baru Putera.

Mualllimah Rohana bt. Abu Hanifah telah mula bertugas sebagai seorang guru PASTI semenjak tahun 1988 bermula di PASTI unit Tanjung Rambutan. Beliau merupakan Pengerusi Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tambun (2008- 2010) dan juga salah seorang AJK MGP Negeri Perak. Beliau juga adalah salah seorang "Guru Pakar" PASTI Tambun yang komited mencurahkan tenaga dan ilmu kepada anak didikannya. Selain bergiat aktif di dalam hal-hal kemasyarakatan, beliau juga memegang jawatan sebagai AJK Dewan Muslimat PAS Bandar Baru Putra.
PASTI Kawasan Tambun mengucapkan sekalung tahniah buat Muallimah Rohana atas anugerah yang diterimanya. Semoga beliau akan terus memberi komitmen yang lebih jitu dan terus menyumbang kearah mendidik anak-anak PASTI agar dapat menjadi insan yang dapat menaungi umat Islam khasnya.