14 January, 2009

Kembali Ke Sekolah - Back To School

Alhamdulillah, tanggal 5 Januari 2009 sesi persekolahan bermula kembali. Tidak ketinggalan juga sesi persekolahan untuk prasekolah PASTI untuk semua peringkat umur 4 hingga 6 tahun. Ada yang menangis dan tidak kurang juga yang riang gembira bertemu semula sahabat lama dari sesi yang lepas. Apa jua ragam anak-anak kita, memberi ilmu kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibubapa, apatah lagi ilmu pendidikan yang berteras atau bertunjangkan aqidah Islam

Bagi PASTI kawasan Tambun, sesi persekolahan 2009 kembali sebok seperti biasa dengan pendafatran baru serta lama murid-muridnya. Malahan sesi kali ini menampakkan peningkatan bilangan murid berbanding tahun 2008.

Terdapat dua perubahan premis unit PASTI kawasan Tambun. Unit Kg. Che Zainal yang dahulunya menggunakan markas PAS Kg. Che Zainal, kini telah berpindah ke premis yang baru beralamat di No. 33, Jalan Chemor Mesra 7, Taman Chemor Mesra, Chemor dan satu lagi unit Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2 yang juga menggunakan markas PAS kini telah berpindah ke No. 79573, Jalan Undan 1, Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, Ipoh. Pengurusan unit PASTI di Taman Chemor Mesra kini diambil alih sepenuhnya oleh PASTI kawasan Tambun sebagai "pilot project" Sistem Pengurusan PASTI Berpusat. Pengurusnya ialah saudara Muhamad Hadhri bin Abdul Majid. Semoga PASTI kawasan Tambun dapat berkembang dengan baik sekali dimasa-masa yang akan datang. Insya Allah.