08 August, 2007

PASTI Tambun Sepintas Lalu

PASTI yang terdapat di Parlimen Tambun telah ditubuhkan seawal tahun 1988. Unit pertama yang ditubuhkan ialah Unit PASTI Kg. Manjoi dengan gelaran PASTI Islami. Bermula hanya dengan seramai 10 orang pelajar, kini bilangan pelajar PASTI Tambun telah mencecah 475 orang kesemuanya dengan tenaga pengajar seramai 27 orang. Bilangan unit PASTI yang terdapat di Parlimen Tambun pula ialah 12 unit yang dizonkan kepada 3 zon utama iaitu zon Kg. Manjoi (4 unit), Zon Chemor (4 unit) dan Zon Tg. Rambutan (4 unit).

AHLI JAWATANKUASA PASTI TAMBUN SESI 2007 - 2009
Pengerusi
Sdr. Muhammad Hadri bin Abdul majid

Naib Pengerusi
Sdr. Aidil

Setiausaha
Ustaz Syawal

Bendahari
Sdr. Khabib bin Jamian

ZON TG. RAMBUTAN
Pengurus PASTI Unit Taman Desa Jaya
Sdr. Janahuddin

Pengurus PASTI Unit Bandar Baru Putra
Sdr. Hamzah

Pengurus PASTI Unit Taman Malar / Taman Perpaduan
Sdr. Aidil

ZON CHEMOR
Pengurus PASTI Zon Chemor
Tn. Hj. Ghazali

ZON MANJOI
Pengurus PASTI Unit Kg. Tengku Hussein
Sdr. Syed Hisham bin Syed Hasan

Pengurus PASTI Unit Kg. Manjoi
Sdr. Manaf bin Mat

Pengurus PASTI Unit Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan II
Sdr. Halmi bin Ibrahim

Pengurus PASTI Unit Taman Meru
Sdr. Salleh

Ahli Jawatankuasa
Sdr. Tn Hj. Bakar bin Maidin


Manakala barisan Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tambun pula terdiri dari Cikgu Nik Hasni (Ketua MGP), Cikgu Khairul (Setiausaha), Cikgu Asmah Zabidi (Bendahari) serta ahli jawatankusanya Cikgu Haslinda, Cikgu Rohana, Cikgu Anizah, Cikgu Maznah dan Cikgu Asmah Tukiran.

Dasar Pendidikan PASTI


Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) ditubuhkan bermatlamat mengembalikan pemahaman masyarakat umum terhadap kepentingan pendidikan Islam dan meransang kepekaan kebangkitan Islam sejagat, selain dari melahirkan insan yang beriman, berilmu, beramal soleh dan berakhlak mulia. Ia juga bertindak membentuk fikrah masyarakat ke arah harakah Islamiyah dan beriltizam dengan Islam yang rata-rata masyarakat kini sedang mengalami dan menghadapi keruntuhan aqidah serta akhlak akibat dari serangan ideologi sekular dan kebendaan.

Falsafah Pendidikan Islam
Pendidikan Islam adalah satu usaha yang berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat.

Falsafah Pendidikan PASTI
Pendidikan PASTI merupakan satu usaha bersepadu dan berterusan ke arah melahirkan generasi tunas Islam yang unggul dari aspek sahsiah, keilmuan dan amalan-amalan yang bertunjangkan kepada Islam, Iman dan Ihsan.

Mengambil kira bakat dan potensi yang sedia ada, pendidikan awal PASTI berusaha mengembangkan kemahiran kognitif, psikomotor, bahasa, sosio-emosi dan sosial selain kepelbagaian bakat serta kecerdasan yang sedia terpupuk di dalam diri tunas Islam.

Usaha-usaha PASTI menerusi pembentukan peribadi unggul ini bertujuan mempersiapkan diri mereka menjadi warga yang cintakan negara serta berpegang teguh dan mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian supaya diredhai Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.

Visi
Melahirkan insan soleh di Malaysia melalui pendidikan pra-sekolah sebagai elemen terpenting.

Misi
Meningkatkan mutu serta kualiti pengajaran dan pembelajaran, pengurusan serta kuantiti PASTI di Malaysia bagi menjadikan PASTI pilihan utama kepada masyarakat yang cintakan pendidikan Islam.

Kuasa Penubuhan PASTI
PASTI merupakan satu aktiviti PAS yang tertakluk sepenuhnya kepada Perlembagaan PAS melalui Fasal 6(2) yang mana Perlembagaan PAS ini telah didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan.

Salam Ukhwah


Terima kasih kerana sudi untuk melawat blog PASTI Tambun, Perak yang masih dalam pembinaan ini. Kesabaran anda bagaikan suntikan semangat kepada kami untuk meneruskan usaha PASTI Tambun mengisi dan membaiki blog ini dari masa ke semasa. Terima kasih sekali lagi serta penghargaan yang tidak terhingga kepada semua pelawat blog PASTI Tambun, Perak. Sampai kita bertemu kembali. Sekian, Wassalam.