29 December, 2008

Sesi Persekolahan PASTI 2009

Sesi persekolahan PASTI bagi Kawasan Tambun akan bermula pada 5 Januari 2009 (Isnin). Kepada para ibubapa dan murid-murid baru PASTI diucapkan "SELAMAT DATANG" ke PASTI. Semoga usaha kita yang kerdil ini untuk mendidik anak-anak pada peringkat awal dengan pendidikan Islam akan membuahkan hasil yang dapat menerangi dunia dengan para cendikiawan Islam yang unggul dan beriman kepada Allah. Insya Allah. Marilah kita sama-sama berdoa agar usaha PASTI serta usaha tuan dan puan semoga kita senantiasa di RAHMATI ALLAH. Amin

Salam Maal Hijrah

29 Disember 2008 - bersamaan 1 Muharram 1430. Seluruh warga dan Ahli Jawatankuasa PASTI Kawasan Tambun mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada semua yang mengunjungi blog ini. Semoga tahun baru Hijrah ini memberikan kekuatan kepada PASTI Kawasan Tambun untuk terus memperjuangkan Visi, Misi dan Objektif PASTI dengan lebih mantap lagi. Segala pandangan kearah kebaikan PASTI khususnya amat-amat dihargai. Semoga jalinan ukhwah sesama kita umat Islam agar terus utuh demi agama Allah ini. Allah Hu Akhbar 3X...

SALAM MAAL HIJRAH
1 MUHARRAM 1430

27 December, 2008

Pendaftaran Murid Baru 2009


Pendafatran untuk kemasukan murid-murid PASTI bagi tahun 2009 telah mula dibuka diseluruh unit -unit PASTI kawasan Tambun. Kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur antara 4 hingga 6 tahun, bolehlah mula mendaftarkan anak-anak tuan, puan di unit PASTI yang berhampiran dengan kediaman.

PASTI - PILIHAN BIJAKSANA IBUBAPA KINI.

Tahniah

24 Disember 2008 - PAS Kawasan Tambun telah mengadakan Majlis Jamuan Makan Malam tahun 2008 yang telah berlangsung di Dewan Bandaraya Ipoh pada jam 8.00 malam. Majlis yang telah dirasmikan oleh Y.B. Tn. Hj. Mahfuz bin Omar selaku Ketua Penerangan PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena telah berbesar hati hadir bersama-sama menjamu selera dengan ahli-ahli PAS kawasan Tambun pada malam tersebut.
Majlis yang berjalan dengan lancar dan meriah turut memberi beberapa anugerah khas kepada ahl-ahli PAS yang berjasa. Tidak dilupakan juga, salah satu anugerah tersebut ialah Anugerah Tokoh Pendidik PASTI bagi tahun 2008 yang telah di anugerahkan kepada Muallimah ROHANA BT. ABU HANIFAH dari unit PASTI Bandar Baru Putera.

Mualllimah Rohana bt. Abu Hanifah telah mula bertugas sebagai seorang guru PASTI semenjak tahun 1988 bermula di PASTI unit Tanjung Rambutan. Beliau merupakan Pengerusi Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Tambun (2008- 2010) dan juga salah seorang AJK MGP Negeri Perak. Beliau juga adalah salah seorang "Guru Pakar" PASTI Tambun yang komited mencurahkan tenaga dan ilmu kepada anak didikannya. Selain bergiat aktif di dalam hal-hal kemasyarakatan, beliau juga memegang jawatan sebagai AJK Dewan Muslimat PAS Bandar Baru Putra.
PASTI Kawasan Tambun mengucapkan sekalung tahniah buat Muallimah Rohana atas anugerah yang diterimanya. Semoga beliau akan terus memberi komitmen yang lebih jitu dan terus menyumbang kearah mendidik anak-anak PASTI agar dapat menjadi insan yang dapat menaungi umat Islam khasnya.